Korang. Min bukan ustaz k. Min marhaen biasa je. Cuma benda-benda basic pasal solat, min tau la sikit-sikit untuk sharing dengan korang.

Actually ada 3 benda penting yang ramai buat silap waktu solat. In fact imam-imam yang takde tauliah pun ramai yang buat silap.

Sedangkan 3 benda ni sangat penting. Kalau silap buat, solat jadi tak sah!

Apa 3 benda tu? Ok jom min kongsikan…

1) Tunaikan Rukun Qauli Dengan Betul

Rukun Qauli ni dalam bahasa mudahnya adalah bacaan-bacaan tertentu dalam solat yang perlu dilafazkan dengan lidah (berbunyi).

Tak boleh baca dalam hati atau baca dengan bunyi angin semata-mata tanpa suara.

Kadar bacaan pula sekurang-kurangnya didengari oleh telinga sendiri dalam keadaan normal (tak bising).

Terdapat 5 bacaan yang termasuk dalam Rukun Qauli iaitu :

✅ Sebutan “Allahu Akbar” ketika Takbiratul Ihram (takbir pertama waktu nak mula solat)

✅ Al-Fatihah

✅ Tahiyyat Akhir (Attahiyyatul…hingga…Waashadu anna Muhammadar Rasullullah)

✅ Selawat ke atas Nabi dalam Tahiyyat Akhir (Allahumma solli ala Muhammad)

✅ Salam pertama ketika nak habis solat

Kelima-lima bacaan dekat atas ni kita kena baca dengan lidah (berbunyi). Tapi malangnya ramai yang tak tahu dan baca dalam hati atau sekadar bunyi angin di mulut tanpa suara.

2) Baca Al-Fatihah Dengan Betul

Ramai orang ingat dia dah expert baca Al-Fatihah. Walhal belajar dulu pun cuma sekadar boleh sebut je. Tajwid semua tunggang langgang…😅

Min pernah dengar ceramah Ustaz Abdul Somad . Dia cakap, dia sendiri belajar Al-Fatihah 3 bulan. Sebab apa? Sebab pentingnya Al-Fatihah.

Ingat yea kawan-kawan, salah baca Al-Fatihah, solat tak sah!

Dekat bawah ni min share video cara baca Al-Fatihah yang betul. Ini kira yang express punya. Kalau nak lagi detail, korang boleh search kat youtube atau gi kelas mengaji dari mereka yang bertauliah.

Al-Fatihah ni sangat penting kawan-kawan. Kita nak guna seumur hidup. Salah baca, tak sah solat. Sedangkan solat itu tiang agama.

Kalau tiang rosak, macam mana dengan amalan lain?

So make sure kita korbankan sikit masa atau duit untuk belajar baca dengan betul.

3) Baca Tahiyyat Akhir Dengan Betul

Tahiyyat Akhir juga termasuk dalam salah satu Rukun Qauli. Bila rukun, maksudnya kita kena baca dengan betul. Kalau salah baca, solat tak sah.

Sama macam Al-Fatihah, ramai orang ingat dia dah expert. Sekali baca je settle. Padahal banyak part yang salah yang kita sendiri mungkin tak pernah belajar.

So kat bawah ni min kongsikan cara baca Tahiyyat Akhir yang betul :

So macam mana? Nampak tak kesilapan kita sebelum ni? Solat dah berpuluh tahun, tapi rupanya salah…😭

Untuk Rukun Qauli yang lain pun korang boleh check semula takut-takut ada yang salah.

Tapi majoriti yang salah biasanya dekat Al-Fatihah dengan Tahiyyat Akhir.

Hope dengan perkongsian ni korang dan min juga sama-sama dapat manfaat.

JOM SHARE !

Share post ini dapat komisen

Komisen dibayar setiap minggu

Semoga kita sama-sama dapat perbaiki kesilapan kita sebelum ni dan dapat keampunan daripada Allah SWT atas kesilapan kita yang lepas…Aaaminn Ya Rabbal Aalamiin…🤲

FOLLOW US

Test 3 – Ini Adalah Percubaan Untuk Setting Post iLuvShare

Test 3 – Ini Adalah Percubaan Untuk Setting Post iLuvShare